Tuesday, April 21, 2015

Sembelit

Sembelit plak baby firdaus nie. cian tengok dia nangis2 neran..sampai berdarah plak 2...Da bagi pisang, xjalan...ari nie mama bagi betik plak ye...orang kata sembelit nie kene bagi buah bermula ngan huruf P...macam papaya,plum,pear..dan elakkan BRAT (Banana. Rice, Apple, Toast ) xtau la btol ke x...tapi kene la cuba sebab baby nie antibodinye lain-lain...


Banyak sebenarnye makanan untuk baby sembelit nie...semalam gi klinik, doc suruh bagi kurma..serat kurma 2 bagus untuk baby..lagipon kurma kan makanan sunnah Nabi S.A.W.
Buah pir pon bole...penyet2kan jadi puree..Rasenye pon manis, baby pasti suka.


Pisang pon bole wat puri. Bole jgk makan macam 2 jer..Baby firdaus suka makan macam 2 jer.

Avokado buah yang sangat baik untuk bayi. Tekstur lembut dan rasa yang enak menjadikannya sangat sesuai diberikan selepas menyusu. Buah ini juga kaya nutrisi seperti vitamin A yang bagus untuk mata, vitamin E untuk kulit, niasin, vitamin B, zat besi, serat, kalium, fosfor dan magnesium. 

Avokado memiliki kandungan lemak yang baik untuk pertumbuhan sel otak bayi. Buah ini sesuai diberikan kepada bayi berusia enam bulan ke atas dengan cara dihancurkan atau dicampur dengan buah lain seperti pir dan pisang, lalu ditambah sedikit susu. 


Labu kaya dengan serat sehingga membantu bayi membuang air besar secara teratur. Walaupun kelihatan keras, buah menjalar ini memiliki tekstur yang lembut sehingga mudah dicerna oleh bayi. Buah labu kaya beta karoten yang baik untuk menurunkan risiko kanser dan jantung. 

Selain itu, buah ini juga banyak mengandungi vitamin A, C, K, zat besi, protein yang baik untuk pertumbuhan tubuh bayi. Buah ini dapat diberikan kepada bayi berusia enam bulan ke atas. Ia boleh diberikan dalam bentuk bubur, dikukus lalu dikisar halus. 


Jangan tambahkan gula dalam masakan kerana rasa labu kuning sudah cukup manis untuk bayi anda. Untuk kanak-kanak labu kuning berkesan digunakan untuk menambah selera makan dan sebagai ubat cacing.


Yg paling penting, baby sembelit kene elakkan:
• Elakkan buah yang ­banyak mengandung serat seperti durian belanda dan buah lain yang seratnya panjang dan susah dicerna. 

• Buah yang rasa­nya terlalu masam seperti strawberi atau anggur kerana boleh menyebabkan bayi sakit perut kerana sistem pencernaan masih belum sempurna. 

• Buah mengandung asid seperti durian, nangka dan cempedak. Namun boleh diberikan selepas anak berusia 18 bulan.

Info nie mama dpt dari banyak references, nie antaranye la...
http://www2.hmetro.com.my/articles/Hidanganbuahuntukbayi/Article
http://thebabystore.com.my/Blog/Resepi-Anak-Sembelit
http://mohkitasihat.blogspot.com/2014/05/tips-kanak-kanak-sembelit.html

No comments:

Post a Comment