Monday, June 22, 2015

KURMA AYAM


Ha...da lama jugak menyepi nie..sibuk ckit..tup tup da Ramadhan...sempena ngan bulan Ramadhan yg penuh keberkatan nie, mama firdaus nak share resepi kurma ayam khas tuk si kecil...Jom la cuba resepi nie...


Bahan perap:
-2 ulas bawang putih-kisar
-1cm halia-kisar
-3 biji bawang merah-kisar
-2 sudu makan bawang goreng
-1/2 cawan santan
-1/2 cawan susu segar

Bahan-bahan lain:
-3/4 cawan dada ayam
-2 biji kentang-potong dadu
-2 biji tomato-potong 4
-1/2 peket rempah kurma + 1/2 cawan air
-1 sudu makan minyak sayuran
-1/2 biji bawang merah - kisar
-1 ulas bunga cengkih + 1cm kayu manis + 3 biji buah pelaga
-1 helai daun pandan - disimpul
-Garam secukup rasa

Cara-cara:
-Perap ayam dengan bahan perap lebih kurang 30 minit
-Goreng bahan kisar dengan bunga cengkih, kayu hitam dan buah pelaga hingga wangi
-Masukkan ayam, kentang dan rempah kurma...Masak selama 10 minit
-Masukkan daun pandan dan garam
-Perlahankan api..Masak kentang dan ayam sehingga lembut
-Masukkan tomato sebelum dihidangkan dengan nasi.

~~SELAMAT MENCUBA~~

1 comment: